Bila sebut pasal Portugal, nama Cristiano Ronaldo pasti berada di minda. Seolah-olah nama pemain tersebut lebih besar daripada keluasan negara Portugal sendiri.
Namanya gah dan sering dibandingkan dengan pemain hebat dunia, Lionel Messi dari Argentina. Ronaldo kini mempunyai misi tersendiri untuk membantu Portugal muncul juara dan sekaligus mahu gelaran pemain terbaik FIFA diberi kepadanya (lebih kepada pentingkan diri sendiri).
Tetapi kita tidak seharusnya lupa tentang pasukan Sepanyol. Mereka mampu mencipta sejarah baru bola sepak dunia.
Jika kita bercakap tentang kekuatan Portugal hanya pada Ronaldo, hanya ada tiga faktor sahaja mengapa Sepanyol mampu menang.
1) Penjaga gol:
Iker Casillas
Posisi penjaga gol Sepanyol adalah posisi yang sangat kuat. Kapten Iker Casillas merupakan penjaga gol terbaik dunia tahun 2011. Bukan mudah untuk melepasi benteng terakhir ini. Persembahan mantap serta pengalaman berguna jelas berkesan dalam aksi-aksi menentang Perancis, Italy dan Croatia.
2) Pertahanan:
Gerard Pique dan Sergio Ramos
Selepas ketiadaan Carles Puyol, Ramos mengambil alih tugas bek tengah bergandingan dengan Gerard Pique. Mereka merupakan pemain pertahanan terbaik dunia tahun 2011. Meskipun masih baru, tetapi gandingan mantap yang mereka pamerkan jelas bergaya dengan hanya bolos satu sahaj gol setakat ini dalam kejohanan Euro 2012.
3) Bahagian Tengah:
Ketiga-ketiga mereka disenaraikan dalam kesebelasan utama FIFPro World XI 2011. Ini bermakna mereka bertiga adalah yang terbaik dunia. Saling memahami antara satu sama lain banyak membuahkan hasil. Pertalian dalam permainan yang sangat bersepadu. Mereka yang akan mempertahankan permainan, menguasai bola, mengawal permainan dan membantu mencipta gol. Tugas penyerang dalam pasukan Sepanyol amat mudah sekali dengan kehadiran mereka bertiga.
Kesimpulannya, Portugal hanya ada Ronaldo dan hanya kuat di bahagian serangan tetapi Sepanyol kuat di bahagian-bahagian lain dan mereka mampu menguasai permainan sekaligus memenanginya.